Friday, December 4, 2009

Cuti-cuti Malaysia

yahoooo..akhir nya aku dapat jugak menjejakkan kaki di Pulau Pangkor...first time beb,tapi aku xsempat explorer lagi coz baru sampai pukul 7 petang tadi..aku follow trip jabatan mem aku..thanx 2 my beloved wife..k lh..nnt sambung cite lagi ek..nak g makan jap,.babai..adios

Sunday, November 22, 2009

24 Zulkaedah 1429 H @ 22 November 2008




Majlis Pernikahan..

Photobucket


Kini kami telah bergelar sebagai suami isteri yang sah.. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi coz telah menganugerahkan kpd aku seorang isteri yang penyayang, manja, baik hati, understanding, dll..(bnyk sngt smpi xtersebut)..thanx mama..


Bismillahirahmanirahim..
" Ya Allah, seandainya Kau telah catatkan dia milikku, Tercipta untukku Dekatkanlah dia kepadaku, satukan hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi
Dan Ya Allah yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketetapan yang sejahtera ini sebagaimana yang Engkau kehendaki.."
Amin Ya Rabbal A'lamin

Friday, November 6, 2009

sedih nya........

ari nie 6/11/2009..result permohonan pertukaran antara negeri telah dikeluarkan...penantian dari pukul 1 pagi sehingga keputusan diumumkan pada pukul 4 petang berakhir dengan kekecewaan,kesedihan,kemarahan,dll lagi perasaan yang xdpt nak digambarkan ngan kata2..keputusan permohonan aku untuk bertukar ke semenanjung atau lebih tepat lagi ke w.p.putrajaya TIDAK DILULUSKAN..masuk kali nie sudah 3 kali permohonan aku tidak diluluskan..aku bingung dan tertanya2,mengapa permohonan aku tidak diluluskan??sedangkan alasan aku untuk berpindah agak kukuh jugak..sape xsayang isteri??ini salah satu alasan untuk aku berpindah..sudah genap setahun isteri aku tinggal berseorangan di rumah..mmg lah bolah dianggarkan aku berulang alik setiap bulan dari sarawak ke putrajaya,tetapi kehidupan kami berbeza ngan pasangan2 yang lain..ulang alik setiap bulan xsame ngan isteri sentiase di sisi..aku bermohon dan berdoa pada tuhan agar dapat memberi kan kekuatan dalam diri ini untuk menempuh hari2 yang mendatang..agar dapat memberikan ketenangan jiwa untuk terus hidup dan berbakti..agar rayuan dan permohonan perpindahan pada tahun hadapan akan DILULUSKAN..AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

Tuesday, November 3, 2009

DOA & AMALAN..

Doa & amalan untuk memperolehi zuriat - oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi." Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Friday, October 30, 2009

Untuk renungan bersama

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki....


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, October 21, 2009

Bas terpendek..



Haha pendek gila..sebulan lagi nk SPM. Biasanye,anak yang ambil exam, mak bapak yang berdebar-debar. Selamat berjaya kepada adik-adik yang menduduki SPM tahun ni.

Tuesday, October 20, 2009

kecian cikgu....

Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.Murid : Selamat sejahtera cikgu!Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?Murid : Faham, cikgu!Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)Cikgu : Pandai!Murid : Bodoh!Cikgu : Tinggi!Murid : Rendah!Cikgu : Jauh!Murid : Dekat!Cikgu : Keadilan!Murid : UMNO!Cikgu : Salah!Murid : Betul!Cikgu : Bodoh!Murid : Pandai!Cikgu : Bukan!Murid : Ya!Cikgu : Oh Tuhan!Murid : Oh Hamba!Cikgu : Dengar ini!Murid : Dengar itu!Cikgu : Diam!Murid : Bising!Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!Murid : Ini ialah jawapan, pandai!Cikgu : Mati aku!Murid : Hidup kami!Cikgu : Rotan baru tau!Murid : Akar lama tak tau!Cikgu : Malas aku ajar kamu!Murid : Rajin kami belajar cikgu!Cikgu : Kamu gila!Murid : Kami siuman!Cikgu : Cukup! Cukup!Murid : Kurang! Kurang!Cikgu : Sudah! Sudah!Murid : Belum! Belum!Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?Murid : Sebab saya seorang pandai!Cikgu : Oh! Melawan!Murid : Oh! Mengalah!Cikgu : Kurang ajar!Murid : Cukup ajar!Cikgu : Habis aku!Murid : Kekal kami!Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!Cikgu : Sudah, bodoh!Murid : Belum, pandai!Cikgu : Berdiri!Murid : Duduk!Cikgu : Saya kata UMNO salah!Murid : Kami dengar KeADILan betul!Cikgu : Bangang kamu ni!Murid : Cerdik kami tu!Cikgu : Rosak!Murid : Baik!Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!Murid : Dilepaskan tengah malam itu!Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Touching Story..

MAAFKAN CIKGU


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.


“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.



Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Monday, October 19, 2009

Beruang, Singa dan Babi..

Sebuah kesah di tengah hutan belantara di Negara pasir bedegung…

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang kata: "sekali ja aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa kata: "eleh, sekali ja aku mengaum semua belantara ketakutan.


"Babi kata: " Wa La Weh.... sekali ja aku batuk, satu dunia panik.!"








Larangan Berjimak..

Wasiat Rasulullah
Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dariMuhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3.Ketumbar 4. Epal Masam
Saidina Ali r.a bertanya :"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini dilarang..?"
Baginda menjawab :"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a bertanya :"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .
"Baginda menjawab :"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.Mengenai ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.
"2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.
"3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zohor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.
"4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.
"5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta iaitu anak.
"6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.
"7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api(bala) dari langit yang membakar kamu berdua.
"8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada pada mu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.
"9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.
"10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan keldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti keldai yang suka kencing di merata-rata tempat.
"11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.
"12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.
"13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.
"14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo ( algojo),tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,
"15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqamah, jika berjima' pada waktu demikian,sesungguhnya jikaAllah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.
"16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
"17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jikaAllah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.
"18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta.
"19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.
"20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
"21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu ,ikhwan Nas, Syayathin.
"22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.
"23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, songlap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.
"ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :"Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak,tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
"25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan Qadar Allah).
"26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa annaMuhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)bersama- sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana,atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.
"28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari ditengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anakyang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
"29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah berkata-kata.
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,masyhur dan alim.
"31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),
""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYADARI JIBRIL A.S."
* Petikan dari Al-Ikhtisyaah (ms.132-135) , As-Saduq, Al-Faqih(ms.456) dan Al- Ilal (ms.174).

Bahayanya Panadol..

Panadol Merbahaya



JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)


UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.


Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?




Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430 H @ 20 September 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri..



Andai kata terkasar bahasa..
Andai kata tersilap bicara..
Andai kata tersinggung rasa..
Ampun maaf jua dipinta..
Kita sekadar manusia biasa..
Tak lepas dari salah dan dosa..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua umat yang beragama Islam.